Program Patrol Denggi ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kememterian Kesihatan bagi membantu menghapuskan pembiakan nyamuk aedes di semua tempat terutama kawasan sekolah. Beberapa sekolah yang terpilih untuk mewakili ke peringkat negeri dan salah satu yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar (SEMERBAK).
Bagi merealisasikan program ini, pihak SEMERBAK telah merancang beberapa idea dan pendapat bagi menjayakan program tersebut.
Moto yang yang telah dipilih SEMERBAK 3B (BANTERAS, BASMI dan BUNUH). Moto tersebut dipilih berdasarkan usaha menghapuskan nyamuk dan pembiakan aedes.
Sila LIKE , SHARE , COMMENT dan FOLLOW
dilaman sosial kami di :
SemerbakDenguePatrol2017