Thursday, 3 August 2017

KEM BESTARI SOLAT

Hari : Jumaat  Tarikh : 4.8.2017

Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 8.00 hingga 12.00 tgh. KBS pada kali ini melibatkan semua murid tahap 1 dan 2. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.

Aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu. 

Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut : 
  1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna. 
  2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
  3. Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 
  4. Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. 
Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.