Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah, Panitia Muzik, Panitia Seni Visual, Panitia Matematik, Panitia RBT dan Unit Kokurikulum, telah dirasmikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Yaakob Bin Yusoff. Majlis bermula dari pukul 7.40pagi sehingga 10.10pagi. Majlis turut dihadiri YDP PIBG sekolah, Puan Rohana binti Jaafar bagi memeriahkan majlis tersebut.
Aktiviti yang dijalankan ialah perarakan beberapa orang murid dengan membawa bendera Jalur Gemilang dan bendera-bendera setiap negeri, persembahan murid-murid bagi setiap kelas, nyanyian lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang,lagu 31 Ogos dan lagu Sehati Sejiwa. Turut diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan Bicara Merdeka bagi Tahap 2.