Thursday, 17 August 2017

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN

Hari : Khamis  Tarikh : 17.8.2017


Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah, Panitia Muzik, Panitia Seni Visual, Panitia Matematik, Panitia RBT dan Unit Kokurikulum, telah dirasmikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Yaakob Bin Yusoff. Majlis bermula dari pukul 7.40pagi sehingga 10.10pagi. Majlis turut dihadiri YDP PIBG sekolah, Puan Rohana binti Jaafar bagi memeriahkan majlis tersebut.
Aktiviti yang dijalankan ialah perarakan beberapa orang murid dengan membawa bendera Jalur Gemilang dan bendera-bendera setiap negeri, persembahan murid-murid bagi setiap kelas, nyanyian lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang,lagu 31 Ogos dan lagu Sehati Sejiwa. Turut diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan Bicara Merdeka bagi Tahap 2.














Monday, 14 August 2017

BENGKEL 3D MODELING DAN PRINTING

Hari : Jumaat  Tarikh : 11.8.2017

Program ini dianjurkan oleh pihak CREATIVE MINDS dengan kerjasama Pintar Foundation dan Telekom Malaysia Berhad meneruskan program TM 3Ducation 2017 telah mengadakan bengkel pembelajaran 3D Modeling dan Printing kepada para pelajar.


Bengkel ini telah memberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran STEM yang berkait dengan 3D Modeling dan Printing disamping merapatkan jurang pendidikan.


Sistem yang digunakan adalah secara Online di laman web www.tinkercad.com.





Thursday, 3 August 2017

KEM BESTARI SOLAT

Hari : Jumaat  Tarikh : 4.8.2017

Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 8.00 hingga 12.00 tgh. KBS pada kali ini melibatkan semua murid tahap 1 dan 2. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.

Aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu. 

Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut : 
  1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna. 
  2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
  3. Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 
  4. Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. 
Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.